0

Santapan jiwa














1 comments

Pesta buku Sinar Bestari




Salam....

Kepada yang berada di kawasan berhampiran, bolehlah menjenguk-jenguk Pesta Buku ini...
4

Siakap Stim Limau





Salam...

Kepada yang mengenali saya rasanya tahu yang saya ni tidaklah pandai memasak. Saya hanya pandai makan sahaja. Hari ini saya cuti kerana menjaga emak yang kurang sihat. Dalam pukul sepuluh pula Mr K sms kata dia nak balik sebab tak sihat badan. Lalu, bila emak tidak sihat ni, tugas memasak jatuh pada bahu saya sepenuhnya. Aikk..jangan ada yang cakap saya ni dah kahwin pun masih harapkan emak memasak lagi...eerr..ada masanya benar juga bila saya tidak sempat ke dapur. hahhaa...Tapi kalau dulu memanglah saya boleh mengelat, tetapi semenjak bergelar isteri ni, kenalah laksanakan tanggungjawab yang satu ni walaupun kebolehan memasak saya cukup terhad. Balik-balik itu sahaja. Mujurlah Mr K tahu yang isterinya ini tidak pandai memasak.
Jadi, bila Mr K memberitahu dia mahu pulang awal, saya terpaksa masuk ke dapur juga. Bukak peti ais, hanya ada ikan siakap.

Saya bercadang mahu memasak sweet sour sahaja kerana resepinya boleh ditanyakan kepada emak. Namun sedang dalam berbincang nak memasak, tiba-tiba sahaja saya teringin makan Siakap stim limau. Memang kalau makan berjemaah ramai2 dengan family, saya pasti akan memesan masakan ini sebagai menu utama. Malangnya saya, nak memasak stim limau ini pun saya terpaksa mengoogle menu di dalam internet. Mak aiii..sonang rupanya nak buat dia. Tak adalah sesusah mana pun.
Jadi, saya katakan dengan Mr K, apa plan saya untuk hari ini. Mr K yang sedang demam itupun jadi excited. Terus masuk dapur sekali dengan saya. Hahahaha...Tugas utama dia, tentulah siang ikan Siakap yang besar gedabak tu. sementara saya siapakan bahannya. dan emak pula berehat di depan sambil tengok tv.hahahah...
Tengah memasak, biasa ayat yang keluar dari mulut saya dan suami.." eh betul ke kita buat ni..." HAHAHA...hentam sajalah labu...akhirnya berjaya juga Siakap stim limau saya. Cuma ada terlebih masin sahaja. untuk cover masin, saya tambah kuahnya sedikit. Sebab itulah kalau tgk, kuah siakap ni dah hampir kategori banjir dah. Walaupun nampak ' bersepah' sikit dengan segala mak nenak bahan dia, tapi rasanya enak-enak sahaja. wah...kagum sekejap dengan diri sendiri...hahahaha...

6

Deadline????



Salam....
Perkembangan terbaharu yang tidak berkembang langsung. Sungguh dukacita kerana deadline yang diberikan oleh editor kepada saya telah dilanggar dengan jayanya. Sepatutnya saya perlu menghantar manuskrip pada hujung februari jika hendak terbit pada pesta buku nanti. Ketika mendapat deadline tersebut, saya sesungguhnya berusaha keras ingin menyudahkan cerita yang tidak sampai 100 muka surat sahaja lagi.
100 muka surat sememangnya kedengaran sedikit dan mudah sahaja untuk dihabiskan. Tetapi apabila kisah ini mempunyai kaitan dengan novel Jauh Kau Pergi, saya tidak boleh menulis dengan sewenang-wenangnya. fakta harus betul dan selari dengan cerita dahulu. Aduhai..tidak mudah rupanya mahu menulis sequel. Saya akui, ada sampai satu tahap, saya menangis sebab tertekan. Ini semua mengejar deadline punya fasal. Bila dikenangkan rasa lucu pun ada. Mana tidaknya, tengah saya duduk diam memikirkan plot cerita, tanpa sedar air mata saya mengalir. Hahaha..terkejut jugaklah Mr K tengok saya macam tu. Sya pun tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja boleh menangis macam tu. Saya ni jika menangis, hanya perlu dibiarkan sahaja kerana makin dipujuk makin saya akan berasa sedih. Pertama kali saya menitiskan air mata kerana tertekan dengan manuskrip.
Jenuh juga Mr K memujuk saya. Dan mujur juga saya tak menangis kuat-kuat. Kalau tidak mesti dia makin gelabah agaknya. Tengah saya dok layan sedih tu, tiba-tiba Mr K nanyikan lagu Obat Hati dendangan Opick buat saya. Kebetulan saya dengan Mr K sebelum ini begitu rancak sekali meng download lagu Opick ini. Saya yang tengah sedih terus ketawa. Memang macam kebetulan pula lagu itu dengan situasi saya. Saya perlu memperbanyakkan lima perkara ini untuk menenangkan hati saya.

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Ya...mungkin ada kekurangannya dipihak saya kerana menerima ujian sebegini. Walaupun bersungguh dan bertekad, namun saya masih tidak dapat menyudahkannya sehingga kini. Saya tahu, pembaca yang menanti (cewah) mungkin kecewa. Lama mereka menanti. HBR diterbitkan bulan 3 tahun lepas. Ini bermakna sudah lebih setahun saya tidak muncul dengan karya baharu. Jangankan anda, saya yang menulisnya memang berasa amat-amat kecewa. Saya tahu, saya tidak dapat memaksa diri saya untuk mengejar deadline. Antara mahu mengejar pesta buku dan kualiti, saya lebih pentingkan kualiti novel saya.  Iya, boleh sahaja saya tulis dan lepaskan untuk cepat diterbitkan, namun saya tak sanggup menghadapi apabila pembaca semua mengkritik karya saya. Saya tak kisah, dikritik sebenarnya walaupun saya menulis dengan sepenuh jiwa raga saya. Tetapi saya tidak mahu dikritik kerana kesilapan dan kecuaian yang saya lakukan. Yang mana kesilapan yang boleh dielakkan.
Jadi, awal Mac lalu, saya menelefon editor mengatakan saya masih belum siap lagi. Dan dengan beratnya saya terpaksa menerima kenyataan bahawa untuk pesta buku tahun ini, buku baharu saya tidak akan diterbitkan. InsyaALLAH mungkin bulan-bulan selepas itu akanlah terbitnya. Dan khabar berita yang saya dengar, ada penulis lain yang akan menggantikan slot saya untuk bulan April ini. Sedih? Kecewa? Tentu sekali. Tetapi siapa yang boleh saya persalahkan melainkan diri saya sendiri? Buat mereka yang menanti Jimmy's story....tolong jangan jemu menanti...
10

Review JKP

Salam....

Agak lama sudah saya tidak meletak sebarang review yang dibuat pembaca yang membaca karya-karya saya. Review kali ini saya ambil di blog Suhaili Othman aka Sue yang sudi meninggalkan jejak di chat box saya. Kepada Sue, terima kasih sudi membaca JKP...dan jika ada kesempatan sudi-sudikan baca buku akak yang lain pula ya...


Ini reviewnya...


Assalamualaikum :)

dah lama sangat tak update blog. masa dihabiskan baca novel je.hikhik.


credit to Dhiya Zafira *si penulis*

Jauh Kau Pergi adalah salah satu novel yang aku pernah baca. and seriously novel ni menambat hati I gitu. sangat sangat best :) Haiyyan Rifqi , Najmi , Afi . ohh tidak aku dah teringat balek semua babak2 sesweet Rif dan Afi.

guys ! believe me. novel nie memang awesome. siapa yang ada abang atau kekasih hati tentera mesti lagi syok kalau baca ni :) ok aku dah over excited :p

korang pergi lah google tengok sinopsis. cerita dia tak boring.dia takdelah penuh sangat kisah cinta. but ada conflict family persahabatan. ohh tidak. i really hope one day my life story just like this novel. penuh kasih sayang :)

kadang kadang aku terfikir yg MT ada lah lelaki yang dalam novel ni. tapi bila tersedar dari khayalan yes i know. tidak mungkin. ..but he's the one that i really want in my whole life. thanks MT for always beside me :)

maaf termasuk babak jiwang diatas.hikhik. maybe novel ni dah lama. and maybe aku je yang baru tahu. tapi apa aku kesah. as long as aku suka gila kat novel ni. aku akan promote kat semua orang.aku nak kongsi apa yang aku rasa aku suka.hikhik..

dari hati kecil #jangan judge people dari masa silam dia. jangan juga judge people from luaran. sebab tu semua boleh butakan hati kita.so guys should give them a chances to change :) and please . dont called them as a munafik person if you guys dont really know what is on their mind :) their trying to change.believe me. i know what their feel. thank you for visiting my blog. :)



p/s - kepada sesiapa yang masih belum mendapatkan buku2 saya...boleh dapatkan di pasaran sekarang..atau boleh beli secara terus daripada saya....
2

Berkelah di Pantai Besar




Masa baru sampai...yang lelaki pasang khemah...mak dan mak teh p pelekat api


Macam mana pasang tak tau asalkan siap tau..hehehe


khemah check, api..check..apa lagi ya....

Mentua dan menantu yang bertungkus lumus menyediakan makanan
Rajin sungguh En. K ni...budak2 dah menggigil sejuk makanan tak siap2 lagi..hehehe
Antara makanan..Siakap, cencaru dan keli bakar..Durian pula rezeki pemberian orang yg bermurah hati
semasa dalam perjalanan ke sini
sosej dan ayam...huhuhuh sedappppp
tukang masak dan tukang pasang khemah bersama tukang makan..huhuhu
Mak Teh, adik, sarah, emak dan MIL


Bebudak yang tak menyempat2 nak mandi..termasuk yours truly..hhehehe

Kan dah cakap...orang lain sibuk pasang khemah n masak..saya terjun dulu dalam air..hehehhe

Salam...
Layan gambar dulu ya..ceritanya kemudian..
1 comments

3 Disember 2011


Antara rakan penulis yang hadir, Kak Norzailina Nordin, Rinn ( review novel),
Lynn Dayana. lain2 penulis, Shanika latisya, Laila Kamilia, Eka Fahara, Nazihatul Hanan

Kak Intan Zuhaidah dan Family yang sanggup datang dari Terengganu



Bersama kak Zainy Harun dan Family darI Kuala Perlis






Majlis kenduri di rumah pengantin perempuan; sayalah tu. Jumaat petang itu saya masih lagi keluar bersama Sarah dan Hubby dengan sepupunya ke butik untuk mengambil baju. Kami rancang untuk terus berjumpa di sana sahaja. Hendak jadi hal, Butik tu tengah takde elektrik so final fitting tak boleh nak buat sebab memerlukan eletrik nak jahit baju tu. Saya dah sedikit panik. esoknya waktu kendurinya sedangkan baju masih ada yang perlu dibetulkan. Memikirkan elektrik akan ada lewat kemudian, saya mengambil keputusan untuk ke Salon terlebih dahulu untuk buat facial. Buat pertama kalinya En. K pun kena facial sekali. Sebelum ni jenuh juga nak yakinkan dia untuk pergi facial ni. Kalau ikutkan dia..bedak pun dia tak nak pakai. Jadi, bila saya pujuk cakap facial ni sudah termasuk dalam pakej, nak tak nak dia ikutkan jugalah..heheheh....
Sementara itu dekar rumah, lepas solat Jumaat, kaum lelaki datang memasang khemah. Di sini, dibahagikan dengan dua kumpulan. Satu kumpulan memasang khemah, satu lagi membuat persedian masak di surau. Sementara kaum-kaum hawa tugasnya hanya memotong bawang, kentang, halia dan etc. Di kawasan perumahan saya ini, urusan masak memasak semuanya diserahkan kepada Hj Mat kalau masih mahu bergotong royong. Kalau hendak ambil catering, silakan sahaja. tidak mengapa. Untuk majlis saya, pada mulanya emak mahu gunakan katering sahaja memikirkan kesian masih mahu mengharapkan orang-orang surau yang kebanyakkan sudah berusia. Bayangkan yang menguruskan gotong royong perkahwinan kakak sulung saya pada tahun 1999 pun masih lagi orang yang sama. Dan kenduri saya yang 12 tahun selepas itupun masih mengharapkan mereka.
Namun, semasa emak ke surau mahu meletakkan tarikh kenduri saya, semuanya yang ada di situ pakat mahu bergotong-royong. Emak pun terima sajalah. Dan saya pun ok saja sebab saya lebih suka kenduri kalau ada yang bergotong royong ini. Nampak lebih meriah.
Sementara makcik2 merewang kat rumah sebelah, saya dan adik-beradik yang lain memproses bunga telur sajalah. Itu memang kerja rutin kami setiap kali ada kenduri. Oleh kerana saya yang jadi pengantin, saya boleh mengelat. hehehheeh....Berbulu aje adik beradik dengan saya yang suka mengambil kesempatan mengelat buat kerja. Tapi dalam mengelat pun, tugas membersih rumah banyak saya yang buat.
Hari majlis, pagi-pagi lagi saya dan Sarah ke salon untuk mekap. Pukul 10.30 pagi akan ada marhaban di rumah. Oleh kerana saya bernikah di hari yang lain, maka semasa kenduri tidaklah kelam kabut mahu berkejar ke sana ke mari. Mekap pun berlangsung dengan tenangnya...pukul 11.30 dah sampai ke rumah. Lynn Dayana, Sue dan Rinn antara teman terawal yang hadir., Itupun tersesat sampai ke baru kurau. Mana tidaknya, time kenduri itulah ada JKr buat kerja di depan simpang rumah. Jadi ramai tetamu yang miss simpang rumah saya. 
Elok sahaja mereka sampai, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Alhamdulillah majlis berlansung dengan tenang. Cuaca elok. makanan pun cukup. namun sedikit ralat kerana tidak dapat melayan teman yang hadir dengan lebih sempurna. Saya cukup terharu apabila ada pembaca / peminat ( cewah) yang saya jemput menghadirkan diri walaupun jauh tinggalnya. Ada yang datang dari Terengganu, Perlis, Pahang dan KL. Saya sebenarnya tak menjangka mereka akan hadir tapi, bila terpandang wajah yang familiar di fb, saya benar-benar tersentuh. Terima kasih buat kak Intan & Keluarga, Kak Zainy & Keluarga, Noraini sekeluarga, kak Jas & Keluarga, Noory & keluarga (yang datang sehari lebih awal), Marhani dan keluarga, staf2 library, kak Norzailina Nordin, Laila Kamilia sekeluarga, Shanika Latisya, Lynn Dayana, Sue, Rinn, Hani Fazuha ( yg tidak dapat hadir tapi mengirim hadiah), Nazihatul hanan dan suami, nama-nama yang tidak disebut di dalam ini. terima kasih saya Ucapkan.